Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Lawatan Messi ke China dibatalkan

    FORT LAUDERDALE, 1 NOV – Lionel Messi nampaknya tidak akan beraksi di China bulan ini. Inter Miami mengumumkan hari ini bahawa jadual perjalanannya ke China untuk menyertai perlawanan persembahan telah dibatalkan.

    Pasukan itu telah mengumumkan perjalanan itu pada bulan lepas, dengan jadual perlawanan pada asalnya dijadualkan pada 5 dan 8 November.

    Ini setidak-tidaknya akan menjadi kali yang kelapan bagi Messi – juara Piala Dunia untuk Argentina dan kini pemilik lapan anugerah Ballon d’Or, selepas menerima anugerah tahunan itu sekali lagi minggu ini – beraksi di China. Bilangan penonton keseluruhan untuk dua perlawanan yang dirancang itu dijangkakan melebihi 100,000 orang.

    Inter Miami menyatakan alasan pembatalan adalah ‘keadaan yang tidak dijangka.’

    Penganjur jelajah, NSN berkata keputusan pembatalan adalah sebagai tanda penghormatan kepada pihak berkuasa China berikutan kematian bekas pemimpin kedua negara itu, Li Keqiang, minggu lalu. Beliau adalah pegawai ekonomi tertinggi China selama sedekad.

    TyC Sports, rangkaian televisyen dari Argentina, melaporkan pada Isnin bahawa perjalanan itu telah dibatalkan. Pasukan itu tidak mengesahkan keputusan tersebut sehingga hari ini.

    “Dalam kenyataan Inter Miami, promotor lawatan, NSN, telah memberitahu Inter Miami CF tentang pembatalan jelajahnya ke China disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangkakan di China,” kata kenyataan Inter Miami.

    “Hasrat Inter Miami tetap untuk meluaskan jangkauan globalnya dengan bermain di hadapan peminat yang luar biasa dari seluruh dunia; kelab itu akan terus meneroka peluang masa depan dengan NSN untuk mencapai matlamat tersebut,” tambah kenyataan itu. – AP

    Messi ketika menerima trofi Ballon d’Or 2023 semasa Majlis Anugerah Ballon d’Or (Bola Emas) ke-67 di Theatre du Chatelet di Paris, Perancis pada 30 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...