Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan MMN tinjau perkembangan sistem pengangkutan awam

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Se-ramai 14 orang ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) yang berlangsung di Kompleks Litar Memandu, Kampung Sungai Akar, hari ini.

    Program lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas pengenalan jabatan yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad.

    Taklimat ringkas berkenaan menyentuh mengenai pencapaian jabatan, cabaran-cabaran yang dihadapi serta usaha-usaha dan perancangan bagi mengatasi cabaran berkenaan.

    Pada lawatan itu, turut dikongsikan adalah pengenalan dan perkembangan sistem pengangkutan awam yang mengetengahkan perancangan terkini bagi mempertingkatkan lagi sistem pengangkutan awam yang sedia ada.

    Lawatan ahli-ahli MMN berkenaan adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut akan fungsi dan peranan JPD dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berhubung kait dengan pengangkutan darat sebagai persediaan bagi MMN yang akan datang.

    Ia merupakan perjumpaan tahunan serta sebagai wadah perkongsian perkembangan dan pencapaian JPD kepada ahli-ahli MMN, di samping mendapatkan gambaran jelas mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh jabatan itu dalam mengenainya.

    Di samping itu, lawatan juga wadah untuk pencambahan minda dan bertukar-tukar buah fikiran serta mempertingkatkan kesedaran awam untuk sama-sama menanai cabaran perkhidmatan pengangkutan darat di Negara Brunei Darussalam melalui pendekatan seluruh negara.

    Sesi taklimat yang diadakan semasa lawatan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Jabatan Pengangkutan Darat di Kompleks Litar Memandu, Kampung Sungai Akar, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda