Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lawatan muhibah kukuhkan hubungan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Dalam usaha meninjau aspek perniagaan yang boleh menjadi aspirasi perniagaan di negara ini, Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB) telah mengadakan lawatan muhibah dan perniagaan lima hari ke Kuching, Sarawak baru-baru ini.

    Seramai 10 ahli PPPMB telah menyertai lawatan yang turut disokong oleh Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan MARA, Sarawak. Ia diketuai oleh Timbalan Presiden Kebajikan dan Sosial PPPMB, Awang Ahanapi bin Haji Mahadi dan Timbalan Presiden Pentadbiran dan Dasar, Haji Aminorashid bin Haji Ghazali.

    Pada lawatan itu, rombongan berkesempatan mengunjungi Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Ibu Pejabat DUBS dan bertemu dengan usahawan Malaysia serta melawat ke beberapa buah kilang milik ahli DUBS.

    Mereka juga dijemput menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Kuching, Sarawak, Dayang Noni Zurainah binti Haji Ismi.

    Lawatan juga menyaksikan pihak MARA dan ahli rombongan berdialog dan berbincang mengenai padanan perniagaan bersama usahawan MARA.

    Ia merupakan lawatan perniagaan rasmi pertama PPPMB bersama MARA dan DUBS yang diharapkannya dapat membantu mengukuhkan hubungan antara persatuan berkenaan.

    Gambar ramai semasa lawatan muhibah rombongan PPPMB ke Kuching, Sarawak. – Gambar serahan PPPMB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...