Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

Lawatan pastikan kediaman pekerja patuhi piawaian

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, kelmarin, telah mengadakan tinjauan ke kawasan-kawasan perumahan pekerja asing di Daerah Brunei dan Muara.

Rombongan disertai oleh setiausaha tetap dan pemangku timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), pesuruhjaya buruh dan pegawai-pegawai kanan dari KHEDN dan Jabatan Buruh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tinjauan dijalankan untuk memastikan tempat kediaman pekerja di daerah ini selaras dengan keperluan minima garis panduan piawaian perumahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh dan pematuhan kepada keperluan penyediaan tempat pengasingan bagi pekerja sihat dan yang menjalani Perintah Kuarantin (QO) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tinjauan berobjektif untuk melihat lebih jelas kediaman pekerja asing selain memfokuskan kepada beberapa jenis kediaman pekerja-pekerja iaitu dormitori, komersial dan kediaman persendirian yang di sewa.

Sehubungan itu, Jabatan Buruh menekankan setiap majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan dan keberadaan pekerja mereka menurut kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 dan mana-mana perundangan serta peraturan-peraturan pihak kerajaan yang berkuat kuasa pada masa ini.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika membuat tinjauan ke perumahan pekerja asing di Tapak Perindustrian Beribi. – Gambar serahan KHEDN
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -