Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lawatan pastikan kesiapsiagaan anggota pengaman UNIFIL

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, kelmarin, telah membuat lawatan kerja bersama Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, ke Malaysia Batalion 850-9 (MALBATT 850-9) di UNP 2-1 Marakah Kem, Selatan Lubnan.

    Turut serta bersama delegasi Malaysia ialah Leftenan Jeneral Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (AB ATM) pada 2 Mei.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, lawatan kerja itu bertujuan untuk melihat kesiapsiagaan anggota dan aset MALBATT 850-9 serta meninjau kebajikan anggota yang bertugas di sepanjang misi pengaman UNIFIL dilaksanakan.

    Selain itu, delegasi lawatan juga mengambil kesempatan berhari raya di perantauan bersama warga MALBATT 850-9. Pada ketika ini, MALBATT 850-9 disertai oleh kontinjen Brunei Darussalam seramai 30 orang anggota ABDB, dengan 820 anggota dari Angkatan Tentera Malaysia.

    Lawatan selama dua hari itu dimulakan dengan taklimat operasi mengenai MALBATT 850-9, diikuti dengan majlis berbuka puasa, sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, dan disudahi dengan Takbir Raya Aidilfitri bersama warga MALBATT 850-9 di Surau Kawkaba, Kem Marakah.

    Acara pada malam itu berakhir dengan lawatan ke Nadi, Kem Marakah untuk bertemu dengan warga MALBATT sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Semasa lawatan itu, pemerintah Angkatan Bersama ABDB turut membuat perjumpaan dengan anggota ABDB yang melaksanakan misi UNIFIL MALBATT 850-9, di mana beliau menekankan kepentingan mengekalkan tahap disiplin dan profesionalisme yang tinggi apabila menjalankan tugasan dengan rakan sejawatan.

    MALBATT 850-9 telah diberi pengiktirafan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana tahap disiplin dan kecekapannya yang cemerlang sepanjang penubuhannya di Lubnan. MALBATT 850-9 dijadualkan menyerahkan tugas dan tanggungjawabnya kepada kontinjen baharu, MALBATT 850-10 pada November 2022.

    Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi semasa membuat tinjauan menggunakan kereta berperisai.
    Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi semasa bergambar ramai dengan anggota pengaman UNIFIL di Lubnan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...