Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan peringati ulang tahun hubungan diplomatik

    MANILA, REPUBLIK FILIPINA, 7 NOV – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Republik Filipina pada 5 hingga 7 November bagi memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina.

    Pada 6 November, Yang Teramat Mulia berkenan berangkat melawat Galeri Hibla ng Lahing Filipino (The Artistry of The Philippines Textiles) di National Museum of Anthropology, yang mempamerkan tekstil tenunan tangan tradisional orang asli dan komuniti kebudayaan rakyat Filipina.

    Pada sebelah petang, Yang Teramat Mulia dan Wanita Pertama Louise Araneta-Marcos, isteri kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr, berangkat menghadiri Majlis Resepsi Bersempena Ulang Tahun ke-40 Hubungan Diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina dan menyaksikan pertunjukan fesyen bertemakan Brunei Darussalam-Philippines: The Fabric of Friendship di Shangri-La Hotel the Fort.

    Turut mengiringi Yang Teramat Mulia sepanjang lawatan ke Republik Filipina ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berangkat menyaksikan pertunjukan fesyen bersama Louise Araneta-Marcos di Shangri-La Hotel the Fort. Turut mengiringi, YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda