Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lawatan perkasa ibu tunggal

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 SEPT – Lebih 10 orang ahli Persatuan Gerakan Ibu Tunggal (PGIT) cawangan Daerah Belait telah mengadakan lawatan ke Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Belait dan bangunan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) cawangan Daerah Belait, hari ini.

    Mengetuai rombongan berkenaan ialah Yang Di-Pertua PGIT, Dayang Norliha binti Haji Besar yang menyatakan bahawa menerusi lawatan itu, mereka ingin memberikan peluang kepada ibu-ibu tunggal, terutamanya dari Daerah Belait, untuk mengeratkan hubungan dengan agensi-agensi dan jabatan berkaitan sebagai sebahagian usaha mereka untuk memperkasa dan menyokong ibu-ibu tunggal.

    Lawatan dimulakan di PKWE Belait di mana mereka dialu-alukan oleh pengerusi pusat berkenaan, K Salim Abdul Karim (Salimo) yang memperkenalkan kepada pelbagai aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.

    Ia termasuk kemahiran-kemahiran asas rumah tangga seperti memasak dan menjahit, sehingga aktiviti-aktiviti keagamaan seperti kelas-kelas pembacaan Al-Quran serta majlis-majlis keagamaan yang diadakan.

    Kemudian, rombongan melawat salah sebuah bangunan di bawah JBS Daerah Belait, di mana mereka dialu-alukan oleh Ketua JBS cawangan Daerah Belait, Awang Mohd Shah Johan bin Haji Shari.

    Semasa lawatan itu, Awang Mohd Shah Johan menjelaskan pelbagai kemudahan yang terdapat di bawah JBS Daerah Belait serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di setiap premis.

    Rombongan mendengarkan penerangan semasa lawatan ke salah satu bangunan di bawah JBS Daerah Belait.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...