Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan promosi hubungan dua hala

    Oleh Sim.Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Dua buah kapal Pasukan Pertahanan Maritim Jepun iaitu JS Shimakaze dan JS Suzunami telah berlabuh di Pelabuhan Muara pada 17 Februari lalu di mana ketibaan kapal-kapal berkenaan telah dialu-alukan oleh Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, di sini, kapal-kapal berkenaan berada di negara ini selama tiga hari dengan membawa seramai 450 orang anggota laut Jepun termasuk 93 orang kadet yang di bawah pemerintahan, Komander Training Division 1, Kapten Yanagihara Makoto.

    Pegawai Pemerintah JS Shimakaze dan JS Suzunami telah mengalu-alukan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru ke atas kapal berkenaan.

    Pada majlis berkenaan, Pegawai Pemerintah JS Shimakaze, Komander Kanemaru Ryouhei dan Pegawai Pemerintah JS Suzunami, Komander Kinoshita Yutaka telah bertukar-tukar cenderahati dengan pegawai-pegawai TLDB serta mengukuhkan lagi hubungan erat antara kedua-dua belah pihak.

    Pada sebelah malam, JS Shimakaze telah menghoskan majlis resepsi di mana ia telah dihadiri oleh para jemputan khas termasuk ahli-ahli Kor Diplomatik.

    Manakala itu, para kru kapal dan kadet berkenaan turut mengambil bahagian dalam aktiviti membersihkan pantai di Pantai Muara dan mereka turut mengadakan lawatan ke tempat-tempat kebudayaan menarik di Negara Brunei Darussalam.

    Tahun 2024 merupakan ulang tahun penubuhan hubungan diplomatik Jepun-Negara Brunei Darussalam ke-40 tahun di mana ia mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua buah negara menerusi Tahun Persahabatan Jepun-Brunei 2024.

    Lawatan oleh Pasukan Pertahanan Maritim Jepun berkenaan dihasratkan untuk mengembangkan dan memupuk pengetahuan asas dan kemahiran serta menyediakan perspektif antarabangsa dan mempromosikan hubungan mesra dengan negara-negara yang dilawati.

    TYT Maeda Toru semasa menghadiri majlis yang dianjurkan semasa lawatan tiga hari kapal Pasukan Pertahanan Maritim Jepun pada 17 Februari lalu. – GAMBAR SERAHAN KEDUTAAN JEPUN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    Antara anggota Pasukan Pertahanan Maritim Jepun. mengambil bahagian dalam aktiviti membersihkan pantai di Pantai Muara. – GAMBAR SERAHAN KEDUTAAN JEPUN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda