Thursday, December 7, 2023
31.5 C
Brunei

    -

    Lawatan PUPPS ke Ladang Nanas MPK Sengkurong A

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Rombongan seramai 10 orang dari Persatuan Usahawan Petani Pintar Sabah (PUPPS), hari ini, telah mengadakan lawatan ke Ladang Nanas (MPK) Sengkurong A.

    Sesi taklimat dimulai dengan doa dan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi MPK Sengkurong A selaku Penghulu Mukim Sengkurong, Dr Haji Abdullah Hanif bin OKMD Haji Saman, diikuti de-ngan ketua rombongan PUPPS, Asroh bin Sukardi selaku pengerusi rombongan yang memberikan maklum balas mengenai tanam-tanaman.

    Semasa lawatan berkenaan, rombo-ngan juga menghadiri sesi muzakarah bersama para peladang tempatan mengenai tanaman nanas yang berlangsung di Bilik Penghulu dan Ketua Kampung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.

    Pengurus Ladang MPK Sengkurong A, Haji Hamidun bin Haji Ahim turut menyampaikan taklimat mengenai sejarah ladang nanas MPK Sengkurong A.

    Majlis diakhiri dengan lawatan ke tapak ladang nanas MPK Sengkurong A.

    Dr Haji Abdullah Hanif, Asroh dan para rombongan bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...