Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan sambil belajar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Seramai 74 orang pegawai yang sedang mengikuti Kursus Pegawai Staf Rendah (Junior Staff Course) di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) semalam.

    Rombongan tersebut terdiri daripada ketua jabatan, juruarah, staf dan 62 orang peserta kursus termasuk tujuh peserta kursus dari luar negara.

    Lawatan tersebut merupakan salah satu daripada modul yang diterapkan dalam kursus berkenaan yang berkisar mengenai persediaan pasukan polis dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Semasa lawatan itu juga, para peserta kursus telah diberikan taklimat oleh Ketua Unit Urus Setia Pesuruhjaya Polis, Timbalan Penguasa Polis Hamidon bin Haji Ibrahim.

    Lawatan diakhiri dengan membuat kunjungan ke Muzium PDB.

    Antara pegawai yang menyertai lawatan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda