Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lawatan sambil belajar alami suasana Pekan Tutong

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 22 NOV – Dalam memanfaatkan masa lapang setelah selesainya musim Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), para pelajar Tahun 6 dari Sekolah Rendah Penapar, Tutong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah tempat di sekitar Pekan Tutong, baru-baru ini.

    Menerusi lawatan tersebut, para pelajar berpeluang untuk merasakan suasana Pekan Tutong meliputi Bangunan Mahkamah Lama, Pejabat Daerah Tutong dan juga Mercu Tanda Kenangan dengan diiringi oleh ahli-ahli Badan Kemajuan Kreatif (BKK) Daerah Tutong.

    Menurut Ketua Kampung Sengkarai, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, yang juga salah seorang ahli BKK Daerah Tutong, menjelaskan lawatan tersebut amat berguna bagi para pelajar supaya mereka mengetahui kewujudan bangunan-bangunan lama, sejarah dan banyak lagi di samping mengetahui tempat-tempat menarik yang ada di Daerah Tutong.

    Beliau juga berharap para pelajar dapat didedahkan dengan tempat-tempat menarik agar mereka tahu akan cerita dan tempat-tempat yang dilawati selain ia merupakan peluang untuk mengetahui daerah mereka sendiri.

    Antara pelajar dan guru sekolah bergambar di hadapan Mercu Tanda Kenangan yang menjadi salah satu tanda tempat bagi Daerah Tutong.
    Para pelajar membuat lawatan ke ladang roselle.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...