Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan sambil belajar di Bintudoh Green Spring Resort

    Oleh Mohd Firdaus bin Ahmad

     

    MAHASISWA dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam baru-baru ini telah membuat lawatan sambil belajar khususnya bagi modul LY-2431-Dusun Dua iaitu seramai 32 orang mahasiswa dan mahasiswi, termasuk seorang guru pengawas yang ikut serta bagi sama-sama menjayakan aktiviti tersebut.

    Aktiviti yang dijalankan bertempat di Bintudoh Green Spring Resort, Kampung Lamunin, Tutong itu diketuai oleh Awang Mohammad Norazmie bin Mohammad Yusof, guru bagi modul LY-2431-Dusun Dua dari Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam.

    Ketibaan rombongan disambut oleh Mr Susis Ukoi, Pengurus Besar Bintudoh Green Spring Resort. Bagi memberkati acara doa selamat dibacakan oleh Awang Mohammad Azhan bin Kamran.

    Selepas selesai pembacaan doa selamat diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Mr Susis Ukoi, antara isi pati ucapan beliau adalah mengenai penerangan aktiviti yang dijalankan dan beliau juga ada menyentuh mengenai aspek keselamatan sewaktu berada di dalam hutan.

    Aktiviti berlangsung pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Antara objektif aktiviti ini ialah mahasiswa dan mahasiswi berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai adat dan budaya puak Dusun, serta dapat menimba ilmu pengetahuan bukan sahaja tentang adat dan budaya malahan bahasa Dusun itu sendiri.

    Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam berpeluang mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak resort seperti ‘jungle trekking’, ‘flaying fox’ dan ‘kayaking’.

    Melalui acara ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat di sekeliling.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda