Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lawatan sambil belajar ke Hab Tenaga Brunei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Seramai 141 orang pelajar dengan diiringi oleh 13 orang pensyarah Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) Gadong, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja selama lima hari bermula 14 hingga 19 November.

    Lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Inggeris yang diketuai oleh dua orang guru, Dayangku Muizzah binti Pengiran Haji Suhaimi dan Dr Hajah Ewana binti Dr Haji Mohd Yussof itu bermatlamat untuk memberikan peluang kepada para pelajar menimba ilmu pengetahuan mengenai industri minyak dan gas di negara ini.

    Semasa lawatan itu, rombongan pelajar dan pensyarah didedahkan menerusi aktiviti-aktiviti kesenian yang telah membantu dalam perkembangan infrastruktur negara.

    Salah seorang pelajar, Awangku Muhamad Sufi Aiman bin Pengiran Haji Mohammad Sofree bagi mewakili pelajar Maktab Duli berpendapat bahawa lawatan itu memberikan makna yang mendalam bagi para pelajar untuk mengenali sejarah perkembangan minyak dan gas di Brunei.

    Selain itu, pameran kraf tangan dan kesenian juga dapat menimbulkan serta mengembangkan bakat para pelajar yang terpendam. Dengan adanya pendedahan itu kepada para pelajar, mereka akan lebih peka dengan sejarah negara serta bersedia untuk menyahut seruan Wawasan Brunei 2035.

    Antara pelajar Maktab Duli yang mengikuti lawatan sambil belajar ke Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja. – Gambar serahan Maktab Duli
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...