BANDAR SERI BEGAWAN – Seramai 88 pelajar dan diiringi oleh lima orang guru dari Jabatan Bahasa Melayu dan MIB serta seorang guru kelas Tahun 7Alpha telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Kebudayaan dan Pelancongan, Kampong Ayer.
Lawatan sambil belajar itu dikendalikan oleh guru-guru Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB). Sebelum para rombongan melakukan lawatan ke galeri tersebut, rombongan meronda keliling Kampong Ayer dan Jong Batu.
Lawatan itu bertujuan bagi mendedahkan kebudayaan warisan dan sejarah masyarakat Melayu Brunei di Kampong Ayer. Selain itu, para pelajar didedahkan dengan pengalaman menyusuri Sungai Brunei dengan menaiki temuai sambil mengetahui nama-nama kampung dan masjid di Kampong Ayer.
Rombongan itu turut disertai oleh Pengiran Nur Aabidah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar serta turut diiringi oleh Pengiran Nur’Azeezah binti Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar.
