Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan sambil belajar ke Kingston

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Seramai 40 guru mata pelajaran Commerce dari beberapa buah sekolah menengah kerajaan dan swasta serta seorang Pegawai pelajaran kanan, Unit Akademik Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan telah membuat lawatan sambil belajar ke Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd di Kompleks Perindustrian Beribi.

    Kedatangan rombongan tersebut telah disambut oleh Pegawai Kawalan Kualiti dari Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd, Gina Hermosura. Lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai latar belakang dan produk keluaran syarikat tersebut.

    Selepas taklimat, rombongan kemudiannya dibawa melawat ke kawasan kilang dan diikuti dengan sesi soal jawab.

    Objektif utama lawatan tersebut adalah bagi meninjau secara lebih dekat lagi mengenai proses pengeluaran produk, di mana ianya sangat bermanfaat kepada guru yang mengajar topik berkenaan serta kepada murid-murid yang akan mengambil Peperiksaan GCE ‘O’ Level dalam mata pelajaran Commerce.

    Sesi bergambar ramai semasa lawatan ke Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd di Kompleks Perindustrian Beribi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda