Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Lawatan sambil belajar perubahan iklim

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Seramai 60 pelajar dari Sekolah Menengah Berakas dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna telah mengadakan lawatan pendidikan ke Seria bagi mengetahui tentang alam sekitar dan perubahan iklim secara berasingan, baru-baru ini.

    Menerusi lawatan berkenaan, para pelajar berpeluang menyaksikan secara dekat loji tenaga fotovoltan Tenaga Suria Brunei bagi mempelajari perubahan iklim dan tenaga boleh diperbaharui melalui taklimat dan kuiz, serta lawatan ke bilik kawalan dan loji suria.

    Turut dipamerkan di loji tenaga berkenaan ialah Mitsubishi i-Miev dan Mitsubishi Outlander di mana pelajar-pelajar dapat mengetahui mengenai penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid yang boleh menyumbang kepada pengurangan kebergantungan kepada bahan api fosil.

    Lokasi lawatan seterusnya ialah Makmal Tenaga Seria di mana para pelajar berkesempatan mempelajari lebih lanjut tentang perubahan iklim melalui segmen Let’s Talk Science meliputi Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dan 10 strategi dasar. Ini diikuti dengan lawatan ke dewan pameran, di mana mereka berpeluang meneroka eksperimen sains dan tarikan yang disediakan.

    Rombongan tersebut seterusnya melawat loji PV suria utama 3.3MW Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) untuk memahami perkembangan teknologi solar dan peralihan tenaga masa depan.

    Lawatan berkenaan adalah sebahagian daripada Projek Pendidikan Alam Sekitar yang dianjurkan buat kali ketiga oleh Green Brunei dengan kerjasama Mitsubishi Corporation dan disokong oleh BSP dan STEP Centre. Di bawah projek itu, beberapa projek akan dijalankan sehingga November termasuk penanaman 500 pokok di Hutan Simpan Berakas, pembersihan sungai dan pertandingan seni.

    Antara pelajar semasa mengadakan lawatan ke Makmal Tenaga Seria baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...