Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Lawatan sambil belajar proses pembuatan kain tenunan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Seramai 53 ahli pemimpin muda Pandu Puteri Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan, di ibu negara, baru-baru ini.

Rombongan diketuai oleh Dr Syahirah binti Haji Shahlehi selaku penyelaras Pandu Puteri UNISSA bersama tiga pengawas Jawatankuasa Tadbir Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD).

Kedatangan rombongan dialu-alukan oleh Pegawai Perhubungan, Hajah Zurina binti Abdullah dan pegawai serta kakitangan Bahagian Pameran dan Perkhidmatan Pusat Latihan Kesenian.

Acara bermula dengan sesi taklimat mengenai sejarah pusat tersebut sebelum ahli-ahli pandu puteri melihat lebih dekat alat-alat serta mengikuti proses pembuatan kain tenunan.

Lawatan itu memberi peluang untuk lebih memahami sejarah dan produk kain-kain tenunan Brunei yang dipamerkan di tujuh galeri pameran seperti Galeri Pameran Tenunan, Galeri Songkok, Galeri Batik, Galeri Perak, Galeri Anyaman, Galeri Tembaga dan Galeri Seni Ukir.

Ahli Pandu Puteri UNISSA semasa mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan.
Ahli Pandu Puteri UNISSA mencuba sendiri proses pembuatan kain batik semasa lawatan ke Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -