Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan sambil belajar Sekolah DES

    Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Bagi mengenali lebih dekat lagi mengenai budaya dan adat masyarakat yang tinggal di Kampong Ayer, serombongan daripada Sekolah DES, Anggerek Desa telah membuat kunjungan ke rumah Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti bin Mat Salleh pagi tadi.

    Seramai 52 orang murid dan lima orang tenaga pengajar dari sekolah tersebut telah dialu-alukan oleh Pengarah Haji Mokti dan juga ahli-ahli jawatankuasa Mukim Tamoi.

    Semasa lawatan tersebut, rombongan telah diberi penerangan mengenai kisah-kisah lama kehidupan di Kampong Ayer. Dalam penerangan tersebut menyatakan bahawa Kampung Tamoi pada dahulunya telah dikenali sebagai Kampung Pengenan Chinchin.

    Kemudian, para rombongan diperkenalkan dengan pelbagai kuih-muih asli Brunei yang sinonim dengan masyarakat di Kampong Ayer, antaranya ialah kuih cincin, koya, baulu, tumpi, kuih jala, calak lambai, serapit, selurut dan kutu mayang.

    Gambar ramai rombongan daripada Sekolah DES, Anggerek Desa semasa lawatan sambil belajar mereka ke Kampung Tamoi, Kampong Ayer, bagi mengenali lebih lanjut lagi mengenai adat dan budaya di sana.
    Gambar ramai rombongan daripada Sekolah DES, Anggerek Desa semasa lawatan sambil belajar mereka ke Kampung Tamoi, Kampong Ayer, bagi mengenali lebih lanjut lagi mengenai adat dan budaya di sana.

    Mereka juga dibawa melihat lebih dekat lagi dengan alat-alat tradisi permainan lama masyarakat dahulu antaranya ialah gulintangan, tawak-tawak, gong, gendang tiga dan juga mendengar lagu-lagu asli asal purih Kampung Tamoi. Lagu asli berdondang masih lagi dimainkan sehingga sekarang semasa majlis-majlis keramaian dan perkahwinan yang didendangkan oleh kaum wanita.

    Kampong Ayer sememangnya kaya dengan adat resam dan budaya. Oleh itu, menurut guru besar sekolah DES, Hajah Khabio berasa sangat berpuas hati dengan lawatan yang diadakan dan berharap ianya akan kekal diwarisi zaman berzaman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda