Lawatan sambil pelajar

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Rombongan seramai 11 orang yang terdiri daripada tujuh orang pelajar dan empat orang pensyarah dari Pusat Tingkatan Enam (PTE) Meragang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei, kelmarin.

Hadir mengalu-alukan kehadiran rombongan ialah Pegawai Sejarah Kanan di Pusat Sejarah Brunei, Bahagian Perkhidmatan dan Pameran, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.

Lawatan telah dimulakan dengan mendengarkan taklimat mengenai Pusat Sejarah Brunei sebelum melawat galeri-galeri sejarah dan diikuti dengan tunjuk cara penjagaan buku dan mempelajari serta mengetahui keturunan atau waris melalui salasilah .

Rombongan pelajar yang mengikuti lawatan itu merupakan pelajar-pelajar yang mengikuti Kelab ‘Aku Anak Brunei PTE Meragang’ yang mana tujuan lawatan adalah untuk mengetahui sejarah-sejarah Brunei di samping mengetahui kegiatan yang dijalankan melalui Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan pelajar PTE Meragang semasa mengikuti aktiviti ketika lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei, kelmarin.