Lawatan teroka bidang pertanian, ternakan

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 5 MEI – Dalam sama-sama menimba pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perladangan tempatan, seramai 34 orang telah menyertai Farm to Farm Tour yang dikendalikan oleh Darussalam Travel and Tours, Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), baru-baru ini.

Sepanjang lawatan itu, rombongan telah berkesempatan menyaksikan secara lebih dekat penanaman tembikai wangi dan penternakan rusa, kerbau dan ikan yang sekali gus berpeluang mengetahui asas-asas proses penanaman dan ternakan.

Di samping mereka berpeluang interaksi bersama binatang ternakan serta tidak ketinggalan juga perkongsian pengalaman berharga bersama para pengusaha yang terlibat.

Bersantai sambil menerokai keindahan negara sendiri, begitulah yang diharapkan oleh pihak DHSB untuk membawa masyarakat dalam menghargai perkhidmatan dam produk tanah air yang pastinya memiliki potensi dalam industri pelancongan dari semasa ke semasa.

Salah satu tarikan lawatan Farm to Farm Tour ialah menerokai ladang ternakan rusa di Daerah Tutong yang disertai oleh seramai 34 orang, baru-baru ini.