Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan tingkat pengetahuan pengurusan

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Kira-kira 15 orang pelajar dari Sekolah Perdagangan, Politeknik Brunei, pengambilan ke-5 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Restoran Horizons Seafood dan RBC Lifestyle bagi Modul Perniagaan Antarabangsa, kelmarin.

    Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar mendengarkan taklimat mengenai latar belakang Syarikat Royal Brunei Catering (RBC) yang telah disampaikan oleh salah seorang wakil pemasaran RBC dan kemudian lawatan ke Restoran Horizons Seafood dan RBC Lifestyle.

    Para pelajar program Diploma Tahap 5 dalam Pengajian Perniagaan (Keusahawanan) itu juga diberikan peluang untuk masuk ke dapur masakan restoran untuk menyaksikan sendiri operasi restoran berkenaan.

    Lawatan itu bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar mempela-jari dan memahami operasi dan pengurusan restoran perkhidmatan sepenuhnya.

    Antara perkara yang telah dikongsikan bersama para pelajar sepanjang lawatan tersebut ialah isu-isu operasi, kepuasan pelanggan, trend restoran dan cabaran.

    Para pelajar bergambar ramai bersama salah seorang wakil pemasaran RBC.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda