Friday, September 30, 2022
23.3 C
Brunei

Lawatan tinjau projek komuniti setempat

-

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 15 SEPT – Gabenor Daerah untuk Rotary International District 3310 yang baru dilantik, Joanne Kam telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang Tua Seria di Daerah Belait kelmarin.

Hadir untuk mengalu-alukan gabenor daerah baharu ialah presiden Kelab Rotary Belait (RCB), Henrietta Hiew, pentadbir kelab Helen Tang dan ahli-ahli RCB.

Bercakap kepada media, Joanne berkata sementara ia bukan kali pertama beliau melawat Brunei, ia adalah kali pertama beliau mengunjungi Daerah Belait dengan matlamat membimbing dan menyokong ahli RCB untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti di daerah tersebut.

“Kami di Kelab Rotary Antarabangsa ingin memastikan RCB sentiasa beroperasi dengan baik dan mempunyai sumber dan tenaga kerja yang diperlukan untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada masyarakat setempat,” tekannya.

Sebagai sebahagian daripada jadual lawatan, beliau juga akan mengadakan kunjungan di seluruh negara untuk mengetahui pelbagai projek dan aktiviti yang dianjurkan bukan sahaja oleh RCB tetapi juga Kelab Rotary Bandar Seri Begawan.

Ia termasuk lawatan ke Labi untuk menyaksikan projek berterusan yang dilaksanakan RCB bagi membantu seorang warga emas buta yang tinggal di sana, mengunjungi rumah panjang di kawasan yang disokong kelab.

Selain kunjungan ke Kelab Rotary Bandar Seri Begawan nanti, beliau juga merancang melawat negara lain di bawah Rotary International District 3310 untuk memahami lebih mendalam mengenai cabaran yang dihadapi serta usaha yang telah dilaksanakan untuk mengatasinya.

Joanne Kam bergambar bersama ahli-ahli RCB dan warga emas di Rumah Orang Tua Seria baru-baru ini.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -