Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Lawatan tinjau tapak projek RKN 11

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Dalam usaha pihak kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini, pihak Kementerian Pembangunan telah mengeluarkan Garis Panduan Langkah-langkah Kawalan COVID-19 khususnya bagi industri pembinaan.

    Kontraktor dan syarikat pembinaan dikehendaki mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan antaranya memastikan kesemua pekerja dan pelawat untuk melengkapkan sekurang-kurangnya dua dos vaksin, melakukan ujian pantas antigen (ART) setiap dua minggu dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di tapak projek dan tempat tinggal.

    Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar menekankan perkara ini semasa lawatan kerja ke beberapa tapak projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-11 (RKN 11), kelmarin, yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan.

    Dalam lawatan kerja itu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan memulakan lawatan ke bangunan tempat tinggal sementara atau kuarters pekerja yang menempatkan seramai 363 orang pekerja di tapak pembinaan Projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2, di Daerah Brunei dan Muara.

    Yang Berhormat Dato turut meninjau blok pengasingan yang telah disediakan semasa berlakunya penularan wabak COVID-19 pada tahun lalu.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi semasa meninjau bangunan tempat tinggal sementara pekerja di tapak pembinaan Projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2, di Daerah Brunei dan Muara.

    Walaupun menghadapi cabaran daripada penularan wabak COVID-19, Projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2 yang akan menyediakan 1,000 unit rumah teres masih berjalan dengan lancar dan dijangka akan siap pada pertengahan tahun 2023.

    Begitu juga dengan projek-projek perumahan lain iaitu projek bagi pembinaan kira-kira 750 unit rumah teres di RPN Kampung Tanah Jambu Fasa 7 yang pada masa ini dalam proses penilaian tawaran.

    Di samping itu, projek membaik pulih dan menyiapkan 140 unit rumah teres di RPN Kampung Rimba, dijangka akan siap pada penghujung tahun ini.

    Yang Berhormat Dato dan rombongan menuju ke tapak Projek Pembinaan Jejambat dari Lebuhraya Muara-Tutong ke Rancangan Perumahan Lugu yang dikendalikan oleh JKR, Kementerian Pembangunan.

    Yang Berhormat Menteri Pembangunan kemudian meneruskan lawatan kerja ke tapak Projek Membaikpulih Jalan Tutong Lama yang dijangka siap pada bulan Februari 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...