Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Lawatan UNISSA ke JPES

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Seramai 12 orang mahasiswa dan mahasiswi serta seorang pensyarah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPES, di sini, lawatan berkenaan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai perangkaan imbangan pembayaran.

Di samping itu, ia juga bagi memahami konsep yang digunakan dalam penyusunan imbangan pembayaran.

Perangkaan imbangan pembayaran adalah salah satu perangkaan dikeluarkan oleh JPES yang memainkan peranan sebagai salah satu pengukur dalam memantau perkembangan ekonomi Negara Brunei Darussalam.

Lawatan sambil belajar itu merupakan salah satu program advokasi jabatan dalam mengongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman di samping untuk memberigakan produk dan perkhidmatan JPES.

Sesi bergambar ramai rombongan UNISSA bersama para pegawai JPES – Gambar serahan JPES

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -