Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Lawrence Wong ambil alih jawatan PM selewat-lewatnya 2025

    SINGAPURA, 16 OGOS – Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong berkata walaupun tiada tarikh ditetapkan untuk beliau menggantikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, ia mungkin tidak lewat daripada 2025 atau lebih awal berdasarkan dua keadaan.

    Wong berkata demikian semasa satu temu bual dengan Ketua Pengarang Berita Bloomberg John Micklethwait pada 15 Ogos dan disiarkan oleh media tempatan TODAY, hari ini. Wong, yang juga Menteri Kewangan, menjawab soalan mengenai jangkaan masa untuk beliau mengambil alih tugas itu daripada Lee.

    “Ia tidak lewat daripada 2025 – mungkin lebih awal,” Wong dipetik berkata demikian sebelum menjelaskan kemungkinan dua keadaan.

    Menurut laporan berita itu, senario pertama menjangkakan Wong mengambil alih jawatan perdana menteri sebelum Pilihan Raya Umum, yang dijadualkan diadakan selewat-lewatnya November 2025.

    Jika ini berlaku, Wong berkata beliau “pastinya akan mengetuai” People’s Action Party (PAP) dan generasi keempat pemimpin politik, atau pasukan 4G, dalam pilihan raya itu. Sebagai alternatif, beliau berkata Lee akan terus memimpin parti dalam pilihan raya akan datang sebagai perdana menteri, kemudian melepaskan jawatan kepadanya “jika PAP menang”.

    “Ini adalah pilihannya, tetapi kami masih belum membuat keputusan mengenai tempoh masa sebenar,” kata Wong mengenai peralihan itu.

    Laporan berita itu menyebut temu bual itu turut menyentuh mengenai geopolitik, ekonomi global dan prospek ekonomi Singapura. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...