ZHANG Yixing atau yang lebih dikenal sebagai Lay EXO tengah sibuk dengan kegiatan solonya. Selain menyanyi dan menari, ahli EXO ini menyebutkan dia suka mengarang lagu.
Dalam sebuah wawancara, Lay berharap memiliki minda yang cerdas ibarat legenda muzik Beethoven, yang berhasil menciptakan banyak maha karya.
Menurut Lay, impiannya itu akan digunakan sebagai semangat untuk terus melakukan kreativiti tiada henti.
“Saya mula mengarang lagu ketika berusia 13 tahun,” jelas Lay.
Tidak sangka, lagu yang dibuat Lay ternyata terus bertambah hingga berjumlah ratusan.
Salah satu karya Lay berjudul “Alone”, dijadikan soundtrack untuk filem Mandarin, Ex Files 2: The Backup Strikes Back pada 2015.
“Jika dihitung-hitung, jumlah lagu yang telah saya buat telah mencecah 100 buah,” jelas Lay.