Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Layak ke final dianggap pencapaian berbaloi bagi Zii Jia

    KUALA LUMPUR, 19 OGOS – Atas kertas, cabaran getir tetap menanti pemain perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia, dalam usahanya mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia pertama menjulang Kejohanan Badminton Dunia yang dijadual berlangsung di Tokyo dari 22 hingga 28 Ogos ini.

    Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan, Roslin Hashim, berkata pengorbanan Zii Jia menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 Birmingham dengan alasan mahu menumpukan sepenuhnya terhadap kejohanan berprestij itu dianggap berbaloi sekiranya layak ke final di Jepun itu.

    “Hanya Zii Jia yang tahu mengapa beliau tarik diri di Sukan Komanwel baru-baru ini, walau apa pun terjadi beliau perlu menunjukkan hasil di Jepun, secara peribadi masuk final dikira okay,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

    Biarpun juara All England 2021 itu dikritik kerana tidak menyertai Sukan Komanwel di Birmingham, Roslin berkata perkara sedemikian sukar dielakkan kerana percaya Zii Jia tetap berdepan kritikan waima bergelar juara Kejohanan Dunia sekalipun selepas ini. – Bernama

    Aksi Lee Zii Jia semasa bermain menentang Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia dalam perlawanan pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil Jun lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...