Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Layla Sania takut jadi public figure

    Penyanyi dan pelakon, Layla Sania, 21, mendedahkan ketakutannya apabila bergelar figura awam atau public figure dalam kalangan masyarakat.

    Layla berkata, dia memahami perlu berhati-hati dalam setiap perbuatan dan pergerakannya kerana ada banyak mata yang memerhatikan.

    “Jujurnya kalau difikirkan memang takut. Namun, saya sudah bersedia kerana saya ada keluarga, kawan-kawan dan penyokong yang sentiasa akan ada bersama saya.

    “Dalam masa sama, saya akan tetap menjalani kehidupan seperti biasa dan akan terus menjadi diri saya sendiri. Cuma yang perlu ialah jaga kelakuan, disiplin setiap masa dan di mana saja,” katanya kepada Harian Metro.

    Nama Layla mula menjadi perhatian apabila wajahnya pernah menghiasi papan iklan digital di Times Square, New York, Amerika Syarikat menerusi kempen Equal yang dianjurkan oleh platform muzik Spotify pada 2021.

    Kelebihan fasih bertutur dalam bahasa Mandarin turut melayakkan Layla diangkat sebagai Pelakon Wanita Harapan, Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32), pada awal Disember tahun lalu.

    Kebolehan itu juga menjadi daya penarik bagi pengarah filem Small Town Heroes, Ryon Lee menyerahkan watak penting sebagai Cikgu Aisyah.

    Layla yang kini tampil menerusi drama 24 episod berjudul One Million Dollar Voice arahan Michael Ang, gembira kerana drama terbabit mendapat sambutan baik penonton. – Agensi

    Layla akan jaga disiplin dan kelakuan setiap masa. – kosmo.my
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...