Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lazio belasah Sampdoria

    MILAN, 8 Mei – Ciro Immobile meledakkan dua gol ketika Lazio membelasah Sampdoria 7-3 untuk mengurangkan mata dengan Roma dan Napoli dalam Serie A.

    Seminggu selepas menang 3-1 ke atas Roma, Lazio meneruskan momentum kemenangan mereka dengan mendahului 5-1 menjelang separuh masa.

    Skuad Simone Inzaghi memastikan peluang tipis untuk kebangkitan semula Sampdoria dengan Senad Lulic menambah jaringan keenam ketika perlawanan melepasi satu jam sebelum Immobile melengkapkan jaringan keduanya ketika perlawanan berbaki 20 minit.

    Kemenangan ke-21 Lazio dalam kempen ini kini memberikan mereka kelebihan 11 mata di depan pasukan di tangga keenam AC Milan, dan sekurangnya-kurangnya memastikan slot mereka ke Liga Europa musim depan.

    “Kami bermain dengan sangat baik,” kata bek kiri Lazio, Jordan Lukaku. “Ia bukan mudah untuk menghasilkan semula persembahan dalam kemenangan derbi minggu lalu, tetapi setiap seorang pemain memberikan segala-galanya dalam perlawanan ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda