Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Lazio benam AC Milan dalam serie A

    ROM, 25 JAN – Lazio berjaya menembusi kedudukan empat teratas kelmarin selepas menewaskan AC Milan 4-0.

    Lazio melonjak ke tangga ketiga menerusi perbezaan gol di hadapan Inter Milan, saingan terdekat AS Roma, berada satu mata di belakang AC Milan yang berada di tempat kedua.

    Sergej Milinkovic-Savic meletakkan Lazio di hadapan setelah hanya tiga minit perlawanan bermula, dan Mattia Zaccagni dan menjaringkan gol kedua pada minit ke-38.

    Luis Alberto menambah jaringan melalui sepakan penalti pada pertengahan babak separuh masa kedua, kemudian Luis membuat hantaran yang sempurna membuatkan Felipe Anderson berjaya mencetak gol keempat pada minit ke-75.

    “Jika kami bermain seperti beberapa perlawanan kebelakangan ini, kami benar-benar boleh pergi jauh,” kata Milinkovic-Savic, yang berpendapat merebut kejuaraan di bawah Maurizio Sarri adalah satu kemungkinan pada masa depan.

    Reaksi Mattia Zaccagni meraikan gol kedua semasa perlawanan antara Lazio dan AC Milan di stadium Olimpik di Rom. – AFP

    Sementara itu, Milan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga, Napoli pada pertengahan musim ini dan telah kehilangan cengkaman mereka sebagai pasukan teratas negara.

    Tiga perlawanan tanpa menang telah membolehkan Napoli melangkah jauh, manakala Milan berdepan dengan empat pasukan yang menginginkan kedudukan kedua.

    Pasukan pimpinan Maurizio Sarri kehilangan bintang mereka, Ciro Immobile tetapi tidak menghadapi masalah untuk membolosi pertahanan Milan dengan 12 gol dalam lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, tewas tiga dan seri dua.

    Jurulatih Stefano Pioli kehilangan pemain Perancis, Theo Hernandez sebelum perlawanan dan pemain pertahanan tengah, Fikayo Tomori mengalami kecederaan pada minit ke-24 sebelum pemain pertahanan Davide Calabria digantikan pada masa kecederaan.

    Itu adalah lebih tamparan buat pasukan yang akan menghadapi derbi Milan kurang dari dua minggu, dan disusuli dengan pertemuan di Liga Juara-Juara menentang Tottenham. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...