LCB buka pendaftaran program UFC

Oleh Azlan Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) kini sedang membukakan pendaftaran bagi program Kursus Asas Universiti (UFC) pengambilan September.

Permohonan bagi mengikuti program yang disahkan oleh Majlis Akreditasi Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNAC) itu akan dibuka sehingga awal minggu depan. Kelas-kelas percubaan percuma juga tersedia sehingga tempoh pendaftaran berakhir mengikut terma dan syarat.

Kursus berkenaan menjimatkan masa untuk kemasukan ke universiti United Kingdom, (UK) yang mana biasanya memerlukan kelayakan GCE dan Peringkat A UK.

Kelayakan berkenaan biasanya memerlukan sehingga dua tahun untuk lulus bagaimanapun, UFC hanya mengambil masa satu tahun akademik untuk diselesaikan dan menjamin kemasukan ke universiti UK.

UFC yang dihasilkan oleh sekumpulan universiti-universiti menjamin graduan-graduan UFC di LCB bagi kemasukan ke Tahun 1 pengajian ijazah dalam Pengajian Perniagaan, Pemasaran atau Pengurusan Maklumat Perniagaan di universiti masing-masing.

Kursus berkenaan akan meliputi pelbagai subjek yang akan dihadapi oleh para pelajar pada peringkat ijazah jadi para pelajar akan dapat membuat keputusan lebih baik mengenai pengajian yang ingin mereka ikuti.

Pelajar Kolej Perdagangan Laksamana mendengar taklimat mengenai program UFC. – Gambar oleh LCB