LCB komited tingkat prestasi

BANDAR SERI BEGAWAN – Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) mencapai satu lagi kejayaan dengan pelancaran Pusat ‘Incuvation’ LCB, ruang kerja untuk calon usahawan dan pemula baharu untuk memulakan impian perniagaan mereka pada Januari tahun lalu.

Pelancaran inkubator perniagaan, merupakan inisiatif kolaborasi antara LCB dan MINI Brunei (QAF Auto Sdn Bhd), disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay.

LCB juga turut melancarkan Sekolah Kuliner swasta pertama pada Mac tahun lalu yang ditubuhkan di sini yang diberi nama The Culinary School oleh LCB. Sekolah ini menawarkan Program City & Guilds mengenai penyediaan makanan dan kursus memasak.

Penubuhan Sekolah Kulinari dirancang dengan rapi dan difikirkan untuk menyediakan persekitaran masakan yang asli dan profesional.

Bagi meningkatkan lagi kemahiran para pelajar, LCB telah menganjurkan ‘Tatars: Pameran Muslim di Republik Poland’ dengan kerjasama Kedutaan Republik Poland di Kuala Lumpur pada April tahun lalu.

Seramai 535 pelajar yang lulus telah diraikan pada Majlis Konvokesyen LCB 2019 yang diadakan pada 26 Ogos 2019. – Gambar serahan LCB

Pameran ini dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan) di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

Semasa acara tersebut, cef selebriti Marcin Budynek dan Marious Olechno me ngadakan bengkel memasak dengan kumpulan pertama pelajar Sekolah Kulinari dan mereka diperkenalkan dengan masakan Poland semasa bengkel memasak.

Para cef memperkenalkan kepada pelajar-pelajar sekolah beberapa bahan yang popular di Poland seperti cendawan dan ramuan serta menunjukkan teknik bagaimana memotong keseluruhan bahagian itik dan membimbing pelajar dalam bengkel praktikal ini.

Dalam pada itu, LCB terus mencatatkan detik bersejarah apabila seramai 535 pelajar lulus diraikan pada bulan Ogos, di mana LCB memberikan biasiswa kepada tiga orang pelajar. LCB juga memberikan insentif bernilai $11,000 kepada pelajar terbaik mereka pada tahun 2019.

Acara tersebut dihadiri oleh untuk sesi pagi, Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong selaku tetamu kehormat dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Natalie Gowers Barnes. Tokoh kenamaan lain dalam majlis itu termasuk Naib Pro Canselor Kanan Universiti Chester, Dr Chris Haslam, Ketua Pengarah KCB/LCB Ian Pirie, Pengarah LCB, Haji Suhaimei bin Haji Awang Besar dan Ketua Pegawai Operasi/ Timbalan Pengetua Mr Sivarajah Subramaniam.

Pada Januari tahun lalu pula, LCB telah melancarkan Jerayawara LCB 2020 selama dua hari dengan kerjasama MINI dan BMW Brunei (QAF Auto) di Pusat Sukan baharu yang terletak di Batu Satu.

Acara ini diadakan di tempat letak kereta LCB, di mana pelancaran Pusat Sukan LCB baharu dan kejohanan persahabatan futsal dan kursus ijazah baharu dalam ‘Hospitality’ oleh University of Chester, UK diadakan.

LCB mengunjungi pelbagai sekolah dalam konvoi kereta yang menampilkan model MINI terkini, membuat perhentian di Jerudong Park, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah di Seria, IBTE Kampus Jefri Bolkiah dan Golden Corporation Sdn Bhd di Tutong untuk mempromosikan kursus baharu yang ditawarkan iaitu empat kursus ijazah sarjana muda oleh University of Chester, United Kingdom. Kursus-kursus tersebut adalah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)dalam bidang Pengurusan Acara dan Festival, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengurusan Pelancongan Antarabangsa, Ijazah Sarjana Sains (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Perisian dan Ijazah Sarjana Sains (Kepujian) dalam bidang Pengkomputeraan Gunaan yang tersedia pada pengambilan pada bulan Februari.

Sementara pada Febuari lalu, LBC telah mengadakan hari terbuka yang merupakan acara tahunan ketiga, di mana mereka mengalu-alukan semua orang untuk meneroka dan mengenali kolej, program dan kemudahan dengan lebih baik sambil bersenang-senang dengan aktiviti menyeronokkan yang lain.

Acara seperti festival dengan aktiviti yang berlangsung pada hari itu dengan pelbagai jualan makanan, peserta pameran, penceramah jemputan untuk mengadakan ceramah, demo memasak secara langsung, pertandingan, permainan dan hiburan untuk menjadi sebahagian daripada acara tersebut. Tahun ini mereka telah bekerjasama dengan TEGAS dan Brunei Drone Club untuk menjadi tuan rumah Borneo Drone dan Robotic Explore atau ringkasnya, program MINI DROBOTEX di LCB. Setiap peserta layak mendapat tiket undian untuk menyertai cabutan utama. Pada 17 Februari lalu, untuk mengakhiri acara tersebut, turut diadakan sesi cabutan bertuah di mana pemenang bertuah mendapat pelbagai hadiah menarik.