Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Learning Ladders Society terima sumbangan Maktab Duli

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Dengan hasrat untuk membantu menambahkan lagi sumber bahan bagi Learning Ladders Society, pelajar dan guru dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), Gadong telah mengadakan Acara Amal Mengumpul Buku dan Permainan untuk Learning Ladders Society, baru-baru ini.

    Sehubungan itu, majlis penyerahan bahan yang berjaya dikumpul dalam acara amal berkenaan diadakan di Pusat Learning Ladders Society, Gadong, hari ini.

    Hadir untuk menyerahkan sumber bahan berkenan bagi pihak Maktab Duli ialah Timbalan Pengetua Maktab Duli, Dayangku Zalina binti Pengiran Haji Aliuddin dan bagi mewakili presiden Learning Ladders Society ialah Valerie Chong Qing Lian.

    Dayangku Zalina (kanan) menyerahkan sumbangan hasil kutipan Acara Amal Mengumpul Buku dan Permainan untuk Learning Ladders Society kepada Valerie Chong (kiri) dalam majlis yang diadakan di Pusat Learning Ladders Society.

    Acara amal itu dianjurkan oleh Unit Kesihatan, Keselamatan dan Kesihatan (HSE) maktab berkenaan dengan bantuan kadet-kadet HSE dengan hasrat untuk membantu Learning Ladders Society membangunkan lagi sumber bahan mereka.

    Selain itu, acara juga diadakan bagi memberikan sokongan kepada kanak-kanak autistik dan keluarga mereka serta untuk menanamkan semangat kemasyarakatan dan kebajikan kepada masyarakat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda