Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Pasukan bola jaring Bawah 21 Tahun (B21) Brunei hari ini telah berlepas ke Jeonju, Korea Selatan untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia (ANYC) akan datang yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 17 Jun.
The Young Bees telah diundi dalam Kumpulan ‘B’ bersama Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan tuan rumah Korea Selatan.
Sementara itu, juara bertahan, Malaysia akan berada dalam Kumpulan ‘A’ bersama Hong Kong, Thailand, Jepun, India dan Pakistan.
Skuad seramai 12 orang itu akan diketuai oleh pengurus pasukan, Dayang Siti Rauufah binti Haji Omarali dan ketua jurulatih, Dayang Nur Hafizah binti Haji Abdul Sidek.
Melengkapkan senarai pegawai ialah penolong pengurus pasukan, Dayang Rosni binti Haji Yahya dan pegawai fisioterapi, Yvette Kortekaas.

Sementara itu, Hei Yein telah dilantik sebagai kapten pasukan dan akan dibantu oleh Dani sebagai naib kapten.
Brunei akan memulakan kempen mereka menentang kuasa besar benua, Singapura pada 10 Jun diikuti oleh Taiwan) pada hari berikutnya.
Skuad kendalian Nur Hafizah kemudiannya akan menentang juara bersiri, Sri Lanka pada 12 Jun sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Korea Selatan Selasa depan.
Ia akan menjadi perlawanan pertama skuad B21 dalam pertandingan utama sejak edisi 2019.
Tiga pasukan teratas dalam kejohanan itu akan layak ke Piala Dunia Remaja Bola Jaring di Gibraltar pada 2025.