Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lebih 1.4 juta budak bawah 11 tahun terima satu dos vaksin

    KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Sejumlah 1,403,498 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun atau 39.5 peratus daripada populasi dalam kumpulan umur ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

    Menurut laman web COVIDNOW, 366,295 kanak-kanak atau 10.3 peratus daripada kumpulan ini telah menerima vaksin lengkap.

    Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,871,425 individu atau 92.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,973,462 atau 95.6 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Dalam kalangan populasi dewasa pula 15,970,302 individu atau 67.9 peratus telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,960,578 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua mereka dan 23,237,257 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...