Lebih 1.9 juta kini dijangkiti COVID-19

ANKARA, 14 APRIL – Kes jangkitan COVID-19 global sudah melepasi 1.9 juta semalam dengan angka korban mencecah 118,459 orang manakala pesakit yang sembuh seramai 446,002, lapor agensi berita Anadolu memetik Universiti Johns Hopkins.

Dengan sejumlah 1,904,566 kes direkodkan di seluruh dunia, setengah juta jangkitan dicatatkan di AS – lebih 572,000 kes.

AS juga mencatatkan jumlah korban teramai melebihi 23,000 orang selain menjadi pusat penularan wabak baharu, disusuli Itali dengan 20,465 kematian.

Sepanyol pula negara kedua melaporkan kes tertinggi, 169,496. Sementara China, dengan 3,345 kematian dan lebih 83,200 kes. – Bernama