Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 10 wartawan AS bakal diusir

    BEIJING, 18 MAC – Sekurang-kurangnya 13 wartawan Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan perintah pengusiran dari China sebagai balasan atas peraturan baharu yang dikenakan oleh pentadbiran Trump mengenai visa untuk media milik negara China yang beroperasi di AS.

    Kerajaan China mengumumkan hari ini bahawa rakyat Amerika yang bekerja di tiga akhbar utama AS perlu menyerahkan kad-kad akhbar mereka dalam masa 10 hari.

    Mereka semua pasti akan meninggalkan negara ini, kerana visa me-reka terikat dengan kelayakan media mereka. Bilangan wartawan yang terjejas di tiga akhbar itu – The New York Times, The Wall Street Journal dan The Washington Post – sekurang-kurangnya 13 orang dan mungkin lebih daripada itu akan meninggalkan negara ini, kata Kelab Wartawan Asing China, atau FCCC.

    Ia akan menjadi pengusiran terbesar wartawan asing dari China dalam tempoh ini.

    “Tidak ada pemenang dalam penggunaan wartawan sebagai buruh diplomatik oleh dua kuasa ekonomi dunia,” kata FCCC dalam satu kenyataan.

    AS mengumumkan pada awal bulan ini bahawa lima saluran media Cina yang dikawal kerajaan akan dihadkan kepada 100 visa, secara de facto mengusir kira-kira 60 wartawan.

    Pengumuman kementerian luar negeri mengatakan bahawa warga Amerika yang bekerja untuk ketiga-tiga akhbar itu yang tamat tempoh kelayakan perlu menyerahkan kad akhbar mereka dalam masa 10 hari. Mereka juga akan dihalang daripada bekerja di wilayah Hong Kong dan Macau, kata kementerian itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda