Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 ahli PUJA hadiri taklimat

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Lebih 100 orang ahli Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) telah menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Kejuruteraan PUJA di Bilik Senat, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Hadir sama memperdengarkan sesi perkongsian tersebut ialah Pengerusi Bahagian Kejuruteraan PUJA, Haji Mohammad Zin bin Haji Salleh, ahli-ahli PUJA dan pegawai-pegawai kerajaan.

    Taklimat menyentuh mengenai ‘Perkongsian Awam Swasta (PPP) daripada Perspektif Peribadi’ yang disampaikan oleh jurutera awam profesional, Stanley W J Falconer yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ICAD Industrial Waste Management Treatment Services selama enam tahun dari 2008 hingga 2014.

    Stanley W J Falconer ketika menyampaikan taklimat mengenai kerjasama awam-swasta dari sudut pandangan peribadinya.

    Sebelum beliau berpindah ke Emiriah Arab Bersatu pada 2013, beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun di Scottish Water Authority dan Gambian Water Services, dengan memegang pelbagai jenis jawatan daripada kejuruteraan reka bentuk, kejuruteraan ‘principal’ hingga menjadi Ketua Pengeluaran Air.

    Stanley dalam taklimatnya memfokuskan terhadap PPP antara kerajaan dan syarikat swasta, dengan matlamat untuk membawa kemahiran teknikal dan pengurusan dan teknologi baharu ke dalam sektor, mengurangkan subsidi awam terhadap sektor serta menyuntik modal pelaburan secara besar-besaran ke dalam sektor dan mendapatkan akses kepada pasaran modal swasta.

    Beliau turut menyentuh beberapa kajian kes termasuk kes rawatan air serta kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda