Lebih 100 bakal jemaah umrah dengar taklimat

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Hampir 100 orang bakal jemaah umrah pada Februari ini, di bawah pengendalian Titian Travel & Tours Sdn Bhd, telah menghadiri taklimat yang diadakan di Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak, hari ini.

Hadir bagi menyampaikan taklimat ialah Pengarah Besar Titian Travel & Tours Sdn Bhd, Awang Jasmadi bin Jamudin yang memaklumkan mengenai apa yang dijangkakan tentang perjalanan mereka yang mana kumpulan pertama akan bertolak pada 16 Februari ini. Sementara itu, kumpulan kedua pula dijadualkan akan bertolak pada 27 Februari depan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam taklimat itu termasuk cara-cara pemakaian kain ihram dan mengerjakan pusingan tawaf dengan betul berserta doa-doanya. Selain itu, para bakal jemaah turut diberi penerangan mengenai jadual waktu perjalanan sepanjang perjalanan umrah.

Majlis turut mendengarkan tazkirah yang disampaikan oleh Haji Kamaluddim bin Haji Abdul Rahim.

Antara bakal jemaah umrah yang hadir mendengar penerangan yang disampaikan.