TRIPOLI, 10 Jan – Tentera Laut Libya semalam mengumumkan bahawa lebih 100 pendatang tanpa izin hilang di laut berhampiran pantai barat negara itu selepas bot yang mereka naiki karam ketika dalam perjalanan ke Eropah, lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Tentera Laut Libya, sejumlah 17 pendatang termasuk wanita, telah diselamatkan di luar pantai bandar Khoms dari sebuah bot getah yang bahagian dasarnya telah hancur.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)