BEIRUT, 16 April – Pemindahan penduduk yang terkandas disambung semula semalam selepas letupan yang mengorbankan lebih 100 orang, termasuklah kanak-kanak, para penyokong kerajaan dan para pejuang pembangkang, pada ketika di tahap pemindahan yang menambah lagi kesegeraan baru kepada operasi yang secara meluas dikritik itu.
Letupan berlaku di sebuah depot bas di kawasan al-Rashideen yang mana beribu-ribu orang yang setia kepada kerajaan dipindahkan sehari sebelum menanti selama berjam-jam ketika para pejuang pembangkang mengawal kawasan itu sementara para perunding berbalah tentang penyelesaian perjanjian pemindahan.
Hanya beberapa meter jauhnya, beratus-ratus orang yang dipindahkan dari kawasan pro-pemberontak juga berdiri-diri di tempat letak kereta yang dikawal oleh pasukan tentera kerajaan.
Tayangan dari rakaman di tempat kejadian menunjukkan mayat-mayat termasuklah para pejuang, yang bergelimpangan di sebelah bas-bas, sesetengahnya rentung dan yang lain terbakar akibat dari letupan itu.
Barangan milik peribadi dapat dilihat terjuntai keluar dari tingkap. Kebakaran melarat dari beberapa buah kenderaan ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Kejadian itu adalah yang terbaru dalam pertumpahan-pertumpahan darah yang diharungi oleh rakyat Syria. Awal bulan ini, kira-kira 89 orang terbunuh dalam serangan kimia apabila mulut kanak-kanak berbuih dan orang dewasa yang tercungap-cungap sebelum nafas terakhir mereka juga sempat dirakamkan.
Kejadian huru-hara yang menumpahkan darah itu yang menyusuli serangan Sabtu lalu hanya menambah lagi kemarahan terhadap pemindahan yang dikritik sebagai pengaturan penduduk. Ia juga memperlihatkan keadaan kelam kabut yang menyelubungi rundingan antara pihak-pihak yang berperang.
PBB tidak mengawasi urusan pemindahan di kampung-kampung Foua dan Kfraya, yang dikepung oleh para pemberontak dan juga Madaya dan Zabadani yang dikepung oleh kerajaan.
Tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab di atas serangan itu tetapi media pro kerajaan dan pihak pembangkang berbalas-balas tuduhan, mereka menekankan tentang campur tangan asing atau perkomplotan yang menjejaskan urusan itu. – AP