Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Lebih 100 Muslimah dalami ilmu urus jenazah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 20 SEPT – Lebih 100 orang telah mengikuti Bengkel Penyempurnaan Jena-zah bagi Kelas Bimbingan Muslimah seluruh negara yang diadakan di keempat-empat daerah mengikut jadual ditetapkan dan menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya berkesudian menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Asbi.

    Majlis yang diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam itu turut diisikan dengan demonstrasi pengurusan jenazah oleh Muslimah Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Kilanas dan Masjid Kampung Danau.

    Bengkel anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah itu bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan tatacara lebih mendalam secara teori dan praktikal mengenai pengurusan dan penyempurnaan jenazah kepada para Muslimah masjid.

    Ia juga bagi menggalakkan penglibatan aktif dan sukarela para Muslimah masjid dalam hal ehwal kemasyarakatan, selain untuk menarik minat para Muslimah agar menubuhkan kumpulan penggapai di masjid masing-masing untuk memudahkan orang ramai dan para penduduk kampung terutama yang tinggal di kawasan luar bandar dan pendalaman, mendapatkan khidmat penggapai bagi mengurus dan menyempurnakan jenazah.

    Penyampaian sijil bagi para peserta Bengkel Penyempurnaan Jenazah Kelas Bimbingan Muslimah Seluruh Negara disempurnakan oleh Datin Hajah Nahriah.
    Demonstrasi penyempurnaan jenazah turut diada-kan semasa majlis penyampaian sijil tersebut.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...