Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lebih 100 pelarian Rohingya mendarat di Aceh

    BIREUN, INDONESIA, 6 MAC – Sebuah bot membawa lebih 100 pelarian Rohingya termasuk puluhan kanak-kanak mendarat di pantai barat wilayah Aceh, Indonesia awal pagi tadi, kata polis.

    Kapal itu yang berlayar dari sebuah kem Rohingya di Bangladesh, tiba kira-kira jam 3 pagi tadi di sebuah pantai dekat daerah Bireun.

    Polis mengesahkan bot itu membawa 114 orang termasuk 58 lelaki, 21 wanita dan 35 kanak-kanak berumur bawah 15 tahun.

    “Kita akan menjalankan pemeriksaan kesihatan awam dan ujian antigen pantas (RTK) terhadap warga asing ini,” kata ketua polis tempatan, Mike Hardy Wirapraja kepada AFP.

    Kata beliau, mereka kemudian akan dibawa ke daerah jiran, Lhokseumawe, yang mempunyai sebuah pusat perlindungan untuk pelarian.

    Polis mengetahui mengenai ketibaan pelarian itu selepas beberapa nelayan tempatan melaporkan sebuah bot mengandungi etnik Rohingya mendarat dekat pantai.

    Bot berkenaan kelihatan dalam keadaan baik dan pelarian mempunyai bekalan serta makanan mencukupi semasa pelayaran.

    “Kami asal dari Myanmar tetapi melarikan diri ke Bangladesh dan kami memulakan perjalanan dari Bangladesh,” kata seorang pelarian, Omar Faruk, kepada wartawan AFP, menambah kumpulan itu sudah berada di laut selama 25 hari.

    “Kami meninggalkan Bangladesh kerana situasi orang Rohingya di kem berkenaan tidak baik, ia menjadi lebih teruk ketika ini,” kata seorang kanak-kanak pelarian berumur 11 tahun dalam Bahasa Inggeris.

    Menurut Faruk, dia meninggalkan ibunya di Bangladesh dan mengikuti pakciknya untuk memulakan hidup baharu, dengan memilih negara majoriti Islam seperti Indonesia atau Malaysia. – AFP

    Pelarian Rohingya berehat di kawasan masjid susulan ketibaan mereka di Bireuen, Aceh menggunakan bot pada 6 Mac. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...