Lebih 100 pendatang mati lemas

PARIS, 11 Sept – Lebih 100 pendatang, termasuk sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak, maut apabila dua bot membawa mereka karam di luar pesisir pantai Libya awal bulan ini.

Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF), yang memetik kenyataan mangsa terselamat. MSF berkata pihaknya dimaklumkan oleh saksi bahawa dua bot getah meninggalkan pantai Libya pada 1 September, setiap satu dengan 160 pendatang.

Mereka ialah rakyat Sudan, Mali, Niger, Cameroon, Ghana, Libya, Algeria dan Mesir, kata MSF. Menurut mangsa terselamat, enjin salah satu bot rosak, manakala satu lagi bot dengan 165 pendatang dewasa dan 20 kanak-kanak di dalamnya meneruskan pelayaran sehingga ia mula bocor.

Ketika ia mula karam, hanya beberapa penumpang memakai jaket keselamatan atau yang boleh berenang dan hanya 55 yang bergantung pada badan kapal terselamat, kata saksi.

Pada 2 September lalu, pengawal pantai Libya membawa 276 pendatang ke pelabuhan Khoms, termasuk mereka yang terselamat dalam tragedi itu.

Kumpulan itu dipindahkan ke pusat tahanan di bawah kawalan pihak berkuasa Libya, kata MSF.

MSF, yang merawat mangsa terselamat, mangsa termasuk wanita hamil, kanak-kanak dan anak damit.

Sebahagian mangsa rentung 75 peratus tubuh mereka, kata Jan Defransciscis, jururawat MSF yang bekerja di Misrate, Libya. – AFP