Friday, December 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 pendatang tanpa izin ditahan di sempadan Malaysia-Thailand

    TUMPAT, 14 OKT – Lebih 100 pendatang tanpa izin termasuk tekong darat ditahan dalam tempoh beberapa bulan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, berdekatan daerah Tumpat.

    Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Ab Rashid Mat Daud berkata kesemua pendatang tanpa izin itu dibawa masuk ke negara ini melalui lorong-lorong tikus dan pangkalan haram yang terdapat di daerah berkenaan.

    “Dengan tangkapan ini pihak ka-mi tidak menafikan ada warga tempatan menjadi tekong darat atau tali barut yang membawa masuk warga asing ini,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Op Bersepadu  COVID-19 di sekitar daerah Tumpat, di sini, hari ini.

    Op Bersepadu itu melibatkan kerjasama daripada Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan dan Majlis Daerah Tumpat dengan memberi tumpuan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

    Ab Rashid berkata pihaknya memandang serius kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini terutamanya ketika negara dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda