Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Lebih 1,000 bakal sertai larian ria

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Para peserta yang telah mendaftarkan diri bagi Larian Ria Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 yang akan diadakan pada 12 Mac di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara adalah diingatkan untuk mengambil baju T peringatan Larian Ria Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 pada Sabtu, 11 Mac di Jabatan Belia dan Sukan.

Acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam itu setakat ini telah menerima lebih 1,300 penyertaan yang mana pendaftaran bagi acara berkenaan berakhir pada hari ini.

Acara larian ria tersebut dibukakan kepada orang ramai di Brunei Darussalam, dan dibahagikan kepada lima kategori.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Kategori Terbuka Lelaki dan Kategori Terbuka Perempuan bagi larian jarak 3.4km, dan Kategori Kanak-kanak Lelaki di bawah umur 12 tahun, Kategori Kanak-kanak Perempuan di bawah umur 12 tahun dan Kategori Orang Kelainan Upaya bagi larian jarak 2km.

Baju T bagi acara Larian Ria Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 yang akan diadakan pada 12 Mac nanti. – Gambar serahan JBS
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -