Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Lebih 1,000 kes COVID disahkan

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Sebanyak 1,042 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini iaitu 1,039 adalah daripada hasil ujian pantas antigen (ART) dan tiga kes telah dikesan dari ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Peningkatan tersebut adalah sesuatu yang bukan luar biasa dan memang dijangkakan. Ia adalah merupakan satu variasi kitaran yang normal bagi kebanyakan jangkitan, termasuk COVID. Selain itu, secara semula jadi, virus juga akan terus menjalani evolusi dan menerbitkan varian-varian dari masa ke masa.

    Demikian telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar COVID-19 Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada hari ini.

    Menurut Kementerian Kesihatan, dalam masa satu minggu kebelakangan ini, kadar purata kes COVID yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam menunjukkan peningkatan iaitu 668 kes sehari, berbanding dengan kadar pada minggu sebelumnya iaitu 175 kes sehari.

    Sebanyak 18,786 keputusan ujian ART telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 24.7 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif.

    Pada hari ini, tidak ada kes di dalam kategori 5 yakni yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) dan empat kes di dalam kategori 4 yakni yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Sehingga kelmarin, kadar liputan vaksinasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam kekal berada di tahap yang tinggi dengan 79.2 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 12.1 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

    Kementerian Kesihatan turut memaklumkan bahawa satu kes COVID telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu, di mana kes tersebut dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID.

    Di kesempatan itu, warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solehin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -