Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Lebih 1,000 pendatang ke AS melalui Mexico

    CIUDAD JUÁREZ, 4 OKT – Lebih 1,000 pendatang naik di atas kereta api kargo menuju ke pinggir sempadan Amerika Syarikat (AS) kelmarin setelah berhasil mengelak dari autoriti dalam perjalanan selama 10 hari melalui Mexico.

    Perjalanan mereka telah dihalang oleh usaha agensi migrasi untuk membawa mereka turun dari kereta api, kata Daiverson Munoz, seorang pemuda berusia 20 tahun dari Venezuela.

    “Dan kami terkandas di tengah padang pasir. Tapi itu tidak jadi masalah, kami di sini berasa sangat bahagia kerana kami akan mewujudkan impian kami. Sukar tapi tidak mustahil.”

    Sebaik sahaja tiba di Ciudad Juarez, kelompok pendatang utama dari Venezuela, melemparkan barang-barang mereka ke tanah dan melompat dari atas kereta api tersebut.

    Perjalanan mereka dimulai di sebahagian tengah Mexico, menghadapi risiko fatal dan cedera yang biasa terjadi dalam perjalanan serupa.

    “Bahagian paling rumit adalah melihat berapa banyak orang yang tercedera” selama perjalanan, kata Munoz, seorang mahasiswa undang-undang di negara asalnya.

    Perjalanan terakhir sejauh 370 kilometer mengambil masa 17 jam kerana banyak perhentian, katanya. – AFP

    Pendatang menyeberangi Rio Grande untuk mendapatkan suaka di AS. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...