NEW DELHI, 17 Jan – India berkata negara itu bakal membatalkan pendaftaran lebih 100,000 syarikat swasta kerana gagal mengikut pelbagai pematuhan undang-undang.
Keputusan terbaru itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada tindakan keras kerajaan India terhadap rasuah dan penggelapan wang, selepas penyahwangan pada November 2016.
“Pihak kerajaan komited untuk membendung ancaman penggelapan wang dan pembatalan pendaftaran syarikat-syarikat berkenaan dilakukan demi kepentingan negara ini,” menurut seorang pegawai kanan hari ini.
“Bagi pelbagai ketidakpatuhan, kira-kira lebih 120,000 syarikat telah dikenal pasti kerana menarik perhatian,” menurut Kementerian Hal Ehwal Korporat.
Lebih daripada 200,000 buah firma telah dipadamkan dari daftar syarikat sehingga Disember tahun lepas atas pelbagai ketidakpatuhan dan ketidakaktifan selama bertahun-tahun.
Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapan mengejut yang disiarkan pada 8 November 2016, mengumumkan pemotongan mata wang denominasi yang tinggi.
Matlamatnya adalah untuk membendung penggelapan wang dan menyekat peredaran mata wang palsu di kalangan pengganas, menurut kerajaan. – Xinhua