Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lebih 12.1 juta sudah terima dos penggalak di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 4 FEB – Jumlah individu dewasa yang menerima dos penggalak COVID-19 kini mencecah 12,157,974 orang atau 51.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini, setakat semalam.

    Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,927,434 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,204,846 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,789,988 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,868,262 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 100,810 dos diberikan semalam meliputi 2,497 dos pertama, 2,603 bagi dos kedua manakala 95,710 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,743,710 dos. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...